Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KUALA LUMPUR, 11 September 2025 – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sekali lagi melakar pencapaian membanggakan apabila diumumkan sebagai penerima Global Islamic Finance Awards (GIFA) 2025 dalam kategori Market Leadership Award (Microfinance).

Majlis penganugerahan berprestij yang berlangsung di Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur turut diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, yang hadir menyampaikan ucapan serta meraikan para penerima anugerah antarabangsa.

Anugerah tersebut diterima oleh Pengarah Urusan AIM, Dato’ Shamir Aziz yang mengetuai delegasi AIM. Turut sama mengiringi beliau adalah barisan kepimpinan AIM Ahli Lembaga Pemegang Amanah Mohd Najib Haji Mohd Noor Timbalan Pengarah Urusan (Operasi) Tn. Haji Jani Izwandy Che Jan Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan & Korporat) Encik Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin .

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen AIM dalam memperkukuh peranan sebagai peneraju mikro kewangan berasaskan nilai Islam, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi masyarakat berpendapatan rendah.

#GIFA2025

#MicrofinanceLeadership

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMADANI