Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) agih bantuan Kembali Ke Sekolah pada 100 anak Sahabat AIM. 

 

TAIPING - Seramai 100 anak Sahabat AIM menerima bantuan kelengkapan pakaian sekolah, beg dan alat tulis sumbangan AIM pada program Kembali Ke Sekolah 2021. 

 

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif AIM, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang berlangsung di Pusat Latihan AIM Taiping, Perak. 

 

Hadir sama pada majlis yang disertai kira-kira 100 orang Sahabat ini, ialah Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Taiping, Dato’ Dr. Zulkifli Dato’ Haji Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi AIM, Shamir Aziz. 

 

Program Kembali Ke Sekolah ini merupakan kali pertama dianjurkan oleh AIM dan setiap penerima menerima baju kurung, kain, baju kemeja, seluar, Kasut, stokin, beg sekolah dan tudung. 

 

Justeru, dengan bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban Sahabat AIM menyediakan peralatan untuk sesi persekolahan baharu 2021 pada anak-anak mereka. 

 

#Amanahikhtiarmalaysia 

#Sahabataim

#Afeksi2021

#charitywithdignity