Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

7 September 2025 | Tanah Merah – Dato’ Mohamed Shamir bin Abd Aziz, Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merasmikan pembukaan cawangan pertama Ikhtiar Ar-Rahnu milik Koperasi Kakitangan AIM Berhad (KKAIMB).

Perkhidmatan ini menyediakan pembiayaan sehingga 75% atau RM300,000 dengan kadar keuntungan serendah RM0.90 sebulan, berlandaskan sistem gadaian patuh syariah serta dilindungi takaful. Layak untuk semua, termasuk individu disenarai hitam CTOS & CCRIS.

KKAIMB menyasarkan 5 outlet baharu dalam tempoh 3 tahun ini untuk memperluas akses pembiayaan mikro patuh syariah ke seluruh Malaysia.

Perasmian ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan) AIM Encik Norsharizal Mashahrin, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi) AIM Tn. Haji Jani Izwandy Che Jan, serta Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan & Korporat) Encik Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin, di samping barisan pengurusan tertinggi KKAIMB yang lain.

Dengan pelancaran ini, KKAIMB bukan sahaja membantu anggota dan Sahabat AIM mengurus keperluan kewangan harian, malah mengukuhkan ekonomi koperasi melalui dividen & faedah yang dikembalikan kepada ahli.

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMADANI