KUALA LUMPUR - Seramai 1,000 masyarakat di bawah Parlimen Sungai Buloh dan warga kerja Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyemarakkan semangat merdeka dengan melakukan Ride Merdeka Madani 2025.
Peserta yang terdiri daripada pelbagai bangsa, jantina dan peringkat usia ini dilepaskan dari pekarangan Ibu Pejabat AIM, di Bandar Sri Damansara menuju ke pekarangan Parlimen Sungai Buloh oleh Timbalan Menteri Pambangunan Usahawan dan Koperasi oleh YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan diiringi Pengarah Urusan AIM, YBhg. Dato' Mohamed Shamir Abdul Aziz.
Turut hadir ialah pengurusan tertinggi AIM yang lain dan pemimpin setempat Parlimen Sungai Buloh.
Sebagai simbolik kemerdekaan, ketika sampai di perkarangan Pejabat Parlimen Sungai Buloh, ketua rider, Muhammad Adib Izudin dari AIM, menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ramanan yang kemudiannya mengibarkan dan memacakkan di tempat yang disediakan.
Laungan bacaan Ikrar Rukun Negara oleh kesemua rider tambah menaikkan semangat patriotik peserta.
Selain beramah mesra, Ramanan yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Buloh, turut menyampaikan topi keleder kepada semua peserta.
Ride Merdeka Madani 2025 adalah salah satu inisiatif AIM dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dan menghargai kemakmuran yang ada.
AIM mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada semua rider yang pihak yang sama-sama menjayakan program ini.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!