Pengerusi, Pengarah Urusan dan Pengurusan Kanan AIM Hadir Perhimpunan YB Menteri KUSKOP
KUALA LUMPUR | 13 Ogos 2025 - Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid bersama Pengarah Urusan AIM Dato Shamir Aziz serta pengurusan kanan yang lain hari ni hadir pada Majlis Perhimpunan YB Menteri KUSKOP 2025 yang berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat.
Pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Menteri KUSKOP YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan dan Ketua Setiausaha KUSKOP YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud itu, Menteri Kuskop, YB Datuk Ewon Benedick turut menzahirkan penghargaan di atas komitmen yang diberikan oleh seluruh warga kementerian dan agensi dalam mencapai visi dan misi.
Turut diadakan penyerahan Sijil Projek Reformasi Karenah Birokrasi KUSKOP bagi Tahun 2024 kepada Bahagian dan Agensi, serta Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) KUSKOP dan agensi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kehadiran ini mencerminkan komitmen AIM dalam menyokong agenda KUSKOP memperkasa usahawan dan koperasi di seluruh negara.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani