PULAU PINANG, 1 Ogos 2025 – Majlis Penyerahan Bantuan Wakalah Zakat Korporat dan CSR Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada 100 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Pulau Pinang.
Majlis ini menyaksikan seramai 85 Sahabat Usahawan AIM menerima bantuan zakat dan 15 Sahabat menerima sumbangan CSR, masing-masing berjumlah RM2,000 seorang. Secara keseluruhan, nilai sumbangan daripada pihak SSM berjumlah RM200,000.
Program ini diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Encik Mohd Zulkahizam Mohd Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan dan Korporat) AIM Tuan Khuzairi Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Perniagaan dan Operasi), SSM Tuan Farid Ahmad, Pengarah Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat, SSM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Zakat & Tanggungjawab Sosial Korporat.
Amanah Ikhtiar Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SSM atas keprihatinan dan sokongan dalam memperkasakan golongan usahawan mikro, sekaligus membantu meringankan beban kewangan mereka melalui agihan zakat wakalah dan sumbangan CSR.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMADANI