700 Sahabat Kota Marudu terima sumbangan Bakul Kasih.
Kota Marudu - Seramai 700 Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Kota Marudu pada hari ini (Ahad), menerima sumbangan Bakul Kasih.
Majlis ringkas dan mengikut SOP yang ditetapkan ini diadakan di Dataran Kota Marudu dan disempurnakan secara simboliknya oleh Pengerusi Eksekutif AIM, YBhg Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.
Hadir sama pada majlis yang disertai kira-kira 250 Sahabat ini, ialah YBhg Datuk Maijol Mahap, En Majawab Masatun (mewakili YB Tuan Andrus Anding) dan kakitangan AIM.
Bakul Kasih merupakan program sumbangan berupa barangan makanan asas yang mengandungi beras, gula, tepung, bihun, sardin tin, minyak masak dan telur.
Ia diberikan kepada Sahabat AIM yang terkesan teruk akibat pandemik Covid 19 yang menjejaskan pendapatan harian mereka.
Sebelum ini, sumbangan Bakul Kasih juga telah diadakan di Beaufort, Baling, Alor Setar, Slim River, Tanjung Malim dan beberapa kawasan lagi.
Program ini akan diteruskan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini.
AIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tetamu kehormat yang sudi hadir, kepada pihak berkuasa yang membantu dan semua yang telah memastikan majlis ini berjalan lancar.
Tahniah kepada AIM Kota Marudu.
#amanahikhtiarmalaysia
#Sahabataim
#Afeksi2021