SRI DAMANSARA, 31 Julai 2025 – Program Hari Integriti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) 2025 anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berlangsung dengan jayanya petang tadi.
Ia diadakan sebagai tanda komitmen AIM dan seluruh warganya dalam memperkukuhkan integriti serta memerangi gejala rasuah di tempat kerja.
Antara pengisian utama ialah pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi AIM (OACP) 2025–2029 yang disempurnakan oleh Encik Norsharizal Mashahrin, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan) diikuti forum integriti bertajuk “Amanah di Garisan Hadapan: Dari Prinsip Ke Praktik – Integriti, Rasuah & Anti-Money Laundering Act (AMLA) di Tempat Kerja”, sesi kuiz serta tayangan filem berkaitan dengan integriti dan perkongsian ilmu.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat termasuk Puan Aini Awang Muda, Ketua Cawangan Sosio Budaya & Politik, Ibu Pejabat SPRM; Tuan Zubayry Abady Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam, Institut Integriti Malaysia (IIM); dan Encik Mohammad Zawawi Hussin, Ketua Unit Integriti, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Turut hadir barisan pengurusan tertinggi AIM iaitu Tuan Haji Jani Izwandy bin Che Jan, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi); dan En. Mohamad Zulkahizam bin Mohamad Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan & Korporat).
AIM komited untuk terus memperkukuh tadbir urus yang berintegriti tinggi serta menyemai nilai akauntabiliti dalam setiap warga kerjanya.