Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Seberang Jaya - Seramai lebih 300 pemimpin tempatan, wakil-wakil NGO, serta pemimpin tertinggi dewan perniagaan komuniti India hadir pada majlis taklimat mengenai Dana Pembiayaan PENN, Amanah Ikhtiar Malaysia yang diadakan di The Light Hotel, Pulau Pinang, pada Khamis, 24 Julai 2025.

Majlis yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Yang Berhormat Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan itu turut dihadiri beberapa ADUN dan Exco Kerajaan Negeri.

Dato’ Shamir Aziz, Pengarah Urusan AIM, dalam ucapannya turut menekankan peranan dan fungsi AIM dalam membantu kerajaan membasmi kemiskinan serta meningkatkan taraf hidup golongan wanita tanpa mengira bangsa dan agama.

AIM memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi Dana PENN, yang memberi manfaat kepada lebih 10,000 wanita India untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Pada majlis itu, turut disampaikan pembiayaan kepada 10 Sahabat Usahawan AIM, serta beberapa usahawan TEKUN dan Bank Rakyat.

Hadir sama ialah Tn. Haji Jani Izwandy Che Jan, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi) Norshahrizal Masahrin, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan) Mohamad Zulkahizam Mohd Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan (Komunikasi Korporat dan Keusahawanan).

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMADANI