Sri Damansara, 24 Jun 2025 - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menerima kunjungan pelajar Sarjana Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam bidang Perbankan dan Kewangan Mikro, bersama dua orang pensyarah pengiring.
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada Program Perkongsian Profesional: Mengarusperdanakan Kewangan Mikro – Dari Amal ke Model Perniagaan Mapan, yang bertujuan memberi pendedahan mendalam mengenai peranan AIM dalam memperkasa komuniti usahawan mikro dan wanita melalui pendekatan kewangan mikro yang inklusif dan berdaya mampan.
AIM berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap sesi perkongsian ini memberi inspirasi dan manfaat kepada para pelajar sebagai bakal pemimpin masa depan dalam sektor kewangan mikro.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawan
#MalaysiaMADANI