PUTRAJAYA | 21 Jun 2025 -
Majlis Makan Malam Meriahkan Penutup Konvensyen LPS & KUICK Nasional 2025
Majlis makan malam sempena Mesyuarat Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) dan Konvensyen KUICK Nasional Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) 2025 telah berlangsung penuh meriah di Hotel Double Tree, Putrajaya pada 21 Jun 2025.
Disempurnakan dengan kehadiran tetamu kehormat, YBhg. Datuk Azman bin Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, serta diiringi YBhg. Datuk Seri (Dr) Syed Hussian bin Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM.
Turut hadir, Mohd Najib Haji Mohd Noor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM; Dato’ Mohamed Shamir Abdul Aziz selaku Pengarah Urusan AIM; Norsharizal Mashahrin, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan); Tn Haji Jani Izwnady Che Jan, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi); Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan & Korporat) dan pengurusan kanan AIM yang lain.
Turut menyerikan majlis adalah penyampaian anugerah kepada Sahabat LPS Terbaik, Sahabat LPS Harapan dan KUICK Terbaik, bagi mengiktiraf pencapaian dan komitmen cemerlang Sahabat Usahawan dari seluruh negara.
Majlis ini sekaligus mencerminkan ikatan dan semangat ukhuwah dalam komuniti usahawan dan pengurusan AIM.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#LPSKUICK
#MalaysiaMADANI