Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2025 – Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia, YBhg. Datuk Azman Bin Haji Abidin telah merasmikan Majlis Perasmian Bengkel Kepimpinan Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) dan Kelab Usahawan Ikhtiar Cawangan & Kesukarelawan (KUICK) Wilayah Selangor & Kuala Lumpur (WSKL) bertempat di Grand Ballroom, Vivatel Kuala Lumpur.

 

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan peranan besar Sahabat Usahawan dalam memperkukuh ekonomi komuniti setempat serta menyokong usaha Amanah Ikhtiar Malaysia dalam membangunkan kepimpinan akar umbi yang berdaya saing dan berwawasan.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan kata semangat oleh Puan Nurul Asyikim Zakaria, Ketua Lembaga Perwakilan Sahabat WSKL dan diteruskan dengan ucapan oleh Pengurus WSKL, Puan Eliza Mohd Noor.

 

Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan pengurusan tertinggi AIM, Encik Mohd Najib Haji Mohd Noor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM Dato’ Shamir Aziz, Pengarah Urusan AIM Encik Jani Izwandy Che Jan, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi) Encik Norsharizal Mashahrin, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan) Encik Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan & Korporat)

 

Majlis turut menyaksikan penyampaian watikah lantikan LPS WSKL, serta Anugerah Kategori LPS & KUICK Terbaik dan Cawangan Terbaik sebagai penghargaan terhadap sumbangan luar biasa pemimpin Sahabat Usahawan di Wilayah Selangor & Kuala Lumpur.

 

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#KepimpinanLPSKUICK

#WilayahSelangorKualaLumpur

#MalaysiaMADANI