Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Suasana karnival Jom Heboh 2025 KL BASE Sungai Besi pada hari pertama ini bertambah meriah di Perkampungan Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang menampilkan 10 Sahabat Usahawan dengan pelbagai produk unik, tradisional dan moden.

Turut memeriahkan sesi lawatan hari ini ialah Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid, bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Mohd Efendi Omar, yang turun padang memberikan sokongan moral kepada para usahawan AIM.

Jom singgah ke Perkampungan AIM – sokong 10 Sahabat Usahawan AIM sambil shopping puas hati!

 Tonton LIVE kami di TikTok @amanahikhtiarmalaysia juga untuk review & promosi eksklusif 

#JomHebohKL2025

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMadani