Bandar Sri Damansara, 3 Jun 2025 –
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan telah merasmikan Majlis Pelancaran Program P.E.N.N. 2.0 (Prosperity, Empowerment and A New Normal for Indian Women) yang berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), hari ini.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Dato’ Sri Ramanan mengumumkan tambahan dana sebanyak RM50 juta kepada program tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan P.E.N.N mencecah RM100 juta.
Turut hadir bersama adalah barisan Pengurusan Tertinggi AIM, antaranya Mohd Najib Haji Mohd Noor selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah; Dato’ Shamir Aziz, Pengarah Urusan AIM; Norsharizal Mashahrin, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan); serta Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan & Korporat).
Program P.E.N.N. 2.0 dijangka mampu mengubah landskap keusahawanan wanita komuniti India di Malaysia, sejajar dengan agenda pembangunan inklusif dan penyertaan ekonomi MADANI.
Permohonan bagi P.E.N.N. 2.0 kini dibuka di semua 124 Pejabat Cawangan AIM di seluruh negeri.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani