Sahabat Slim River turut terima sumbangan
Slim River - Program Bakul Kasih Fasa ke 2, yang diadakan di Kedah dan Perak berakhir di Slim River lewat petang semalam, apabila seramai 500 Sahabat menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim River, Perak, YB Tuan Mohd Zaidi Aziz.
Program yang diadakan di Dewan Felcra Seri Gala, Slim River, Perak itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga AIM YBhg Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Ahli Lembaga AIM, YH Dato’ Mohd Farid Mohamad Ali, Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz, Pengerusi Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad, Encik Mohd Najib Mohd Noor serta pihak pengurusan tertinggi AIM.
Hadir sama menyantuni Sahabat AIM ialah YDP Pas Tanjung Malim, Ustaz Mohd Tarmizi Abdul Rahman, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Dato’ Sulang Jamil Haji Mohd Sharif.
500 Bakul Kasih AIM yang disumbangkan kepada Sahabat AIM terpilih ini mengandungi barangan makanan asas seperti beras, gula, tepung, buhin, minyak masak, sardin dan telur.
AIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program Bakul Kasih di empat lokasi yang telah diadakan sejak Jumaat lalu.
#amanahikhtiarmalaysia
#charitywithdignity
#sahabataim
#ourPartAIM
#bangkitkembali
#bakulkasih