Kuala Lumpur, 22 Mei 2025 – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi seramai 14 orang yang terdiri daripada wakil AlHuda CIBE dan Development Bank of Ethiopia. Lawatan ini bertujuan untuk mendalami amalan kewangan mikro patuh Shariah yang dilaksanakan oleh AIM.
Delegasi telah disambut mesra oleh barisan pengurusan kanan AIM yang diketuai oleh Encik Norsharizal Mashahrin, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan), Encik Jani Izwandy Che Jan, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi), dan Puan Hajah Ezatul Shareen Hamim, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pembiayaan.
Sepanjang sesi perkongsian tersebut, AIM telah membentangkan struktur operasi organisasi, pendekatan pemantauan terhadap Sahabat Usahawan, serta pelbagai produk pembiayaan patuh Shariah yang ditawarkan.
Diharapkan sesi ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik antara AIM dan organisasi antarabangsa dalam usaha memperkasa kewangan mikro Islamik di peringkat global.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani