BRUNEI - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai penerima dua anugerah antarabangsa dalam majlis berprestij 10th Global Good Governance Awards (3G Awards) 2025 yang berlangsung pada 13 Mei 2025 bertempat di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei.
AIM menerima pengiktirafan melalui dua kategori utama iaitu 3G Leadership Award for Microfinance 2025 dan 3G Championship Award in Women Empowerment 2025, menjadikan organisasi ini terus unggul dalam landskap kewangan mikro dan pemberdayaan wanita.
Anugerah tersebut diterima oleh Tuan Haji Jani Izwandy Che Jan, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi) AIM, yang mewakili AIM dalam majlis penuh berprestij itu.
Penghargaan ini merupakan satu bukti jelas kepada komitmen, integriti dan usaha gigih seluruh warga kerja AIM, serta kerjasama strategik bersama para Sahabat Usahawan AIM di seluruh negara.
Tahniah AIM! Terus unggul mengangkat martabat kewangan Islam dan wanita!
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani