YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Sungai Buloh, bersama Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Dato’ Shamir Aziz, telah turun padang menyampaikan sumbangan barangan keperluan rumah kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh yang mengalami kemusnahan peralatan dapur akibat musibah banjir yang melanda beberapa kawasan minggu lalu.
Antara rumah mangsa yang dilawati dan menerima sumbangan menerusi Program Prihatin Banjir Parlimen Sungai Buloh kali ini ialah penduduk di Kampung Kubu Gajah dan Kampung Sungai Plong.
Barangan yang disumbangkan merangkumi dapur gas, periuk nasi elektrik, kipas, pengisar, periuk, dan kuali.
Keseluruhan barangan bernilai RM100,000 ini telah disalurkan kepada 150 keluarga yang terkesan akibat banjir, termasuk Sahabat Usahawan AIM di kawasan parlimen berkenaan.
Turut menerima bantuan ialah Maahad Tahfiz Az Zahrah Lilbanin, Kampung Sungai Plong yang menerima dapur memasak, peti sejuk beku, mesin pam air, rak besi, tikar getah, dan sistem audio.
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh para mangsa banjir.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawan
#MalaysiaMadani