PUTRAJAYA, 9 Mac – Yang Berbahagia Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Bin Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), malam tadi hadir di Majlis Berbuka Puasa Madani Tahun 2025 Kementerian Luar Negeri Bersama YAB Perdana Menteri.
Majlis yang diadakan di Wisma Putra itu dihadiri Menteri Luar Negara, YB Dato' Seri Mohamad Hasan, Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi, pemimpin diplomatik dari pelbagai negara, orang kenamaan serta hampir 600 tetamu lain.
Selaku Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian sempat berkongsi perkembangan terkini pencapaian dan kecemerlangan AIM.
Kehadiran beliau juga mencerminkan peranan aktif AIM dalam mendukung agenda pembangunan ekonomi dan keusahawanan selari dengan visi Malaysia Madani.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanMalaysia