Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

DUBAI, 17 Februari 2025 – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sekali lagi mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Institusi Kewangan Islam (Mikro) Terbaik dalam IFN Non-Banking Financial Institutions Poll 2024.

Anugerah ini disampaikan oleh Pengarah Urusan IFN/ REDmoney Group, Andrew Morgan kepada Pengarah Urusan AIM, Yang Berbahagia Dato’ Shamir Aziz pada majlis penganugerahan rasmi yang berlangsung pada 17 Februari 2025 di Address Skyview Dubai.

Majlis penganugerahan ini merupakan sebahagian daripada acara tahunan IFN yang mengiktiraf institusi kewangan terbaik di peringkat antarabangsa.

Kejayaan ini merupakan pencapaian luar biasa bagi AIM dalam memperkukuh peranan sebagai peneraju pembiayaan mikro Islamik yang berkesan dalam membantu masyarakat berpendapatan rendah.

Ia juga mencerminkan komitmen AIM dalam membasmi kemiskinan dan memperkasakan usahawan mikro melalui pembiayaan patuh syariah.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja AIM di atas kejayaan ini.

Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin untuk lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#IFNAwards2024

#MalaysiaMadani