Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Rezeki Berganda Buat Sahabat AIM Cawangan Selama, Perak.

 

Seramai 500 Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dari Cawangan Selama menerima sumbangan Bakul Kasih AIM. 

 

Sumbangan Bakul Kasih mengandungi beras, tepung, gula, minyak susu, telur, bihun dan sardin ini turut disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Hamzah Zainudin yang turut merasmikan program berkenaan, bersama YBhg Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin pada majlis yang diadakan *di Dewan Serbaguna Permai 2, Selama, Perak.*

 

Dalam ucapan perasmian Program Bakul Kasih AIM, YB Datuk Seri Hamzah Zainudin *turut mengumumkan penambahan 500 Bakul Kasih yang menjadikan jumlah penerima sumbangan adalah 1000. Beliau juga turut menyumbangkan RM50,000 serta sebuah pejabat untuk digunakan oleh Kelab Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar daerah Selama, Perak.* 

 

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan Encik Shamir Aziz, Timbalan Pengerusi Lembaga, Encik Mohd Najib Haji Mohd Noor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dato' Mohd Farid Mohamad Ali; *ADUN Selama YB Mohd Akmal Kamarudin* dan pengurusan kanan AIM.

 

Sebelum ini, sebanyak 1500 Bakul Kasih telah diberikan kepada Sahabat AIM di sekitar Beaufort, Sabah dan 500 Bakul Kasih telah diberikan kepada Sahabat AIM dari Cawangan Alor Setar, Kedah. 

 

 

#amanahikhtiarmalaysia

#charitywithdignity

#sahabataim

#ourPartAIM

#bangkitkembali