Kuching - Seramai 1,200 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuching telah menjayakan Karnival Singgah Lok Sahabat Usahawan AIM pada 11 dan 12 Januari 2025.
Majlis penutup disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof Timbalan Perdana Menteri Merangkap Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Lembaga Pemegang
Amanah AIM, Dato’ Seri Syed Hussian Syed Junid; Pengarah Urusan AIM
Dato’ Shamir Aziz, Timbalan Pengarah Operasi Tuan Haji Jani Izwandy Timbalan Pengarah Keusahawanan dan Korporat AIM Encik Zulkahizam Mohamad Zuldin serta barisan pengurusan kanan AIM.
Karnival ini menyediakan platform kepada usahawan wanita mikro, kecil, dan sederhana untuk mempromosikan produk, memperluas rangkaian perniagaan, serta melibatkan pelbagai aktiviti menarik seperti fun run, forum keusahawanan, ceramah kesihatan, dan pertandingan untuk kanak-kanak.
Bersama-sama kita sokong usaha Sahabat Usahawan wanita Sarawak membangun ekonomi komuniti!
#KarnivalSinggahLok #AIM
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawan
#MalaysiaMadani