Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Kursus Reka Bentuk Media Digital diadakan di NADI Taman Tangga Batu Perdana, Melaka dengan penyertaan Sahabat – Sahabat Usahawan dari AIM Cawangan Alor Gajah.

Dalam modul ini, Sahabat Usahawan didedahkan tentang cara memasarkan produk dengan lebih efektif menggunakan aplikasi seperti Canva, Picsart dan untuk mencipta logo bisnes yang menggambarkan identiti jenama masing-masing. Selain itu, Sahabat Usahawan turut berkesempatan mendalami ilmu mencipta kandungan video Tiktok yang menarik untuk memasarkan produk atau perkhidmatan dengan lebih meluas.

Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar dari NADI iaitu Puan Aqilah dan Puan Fasihah atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Diharap agar kursus ni dapat meningkatkan tahap kemahiran Sahabat Usahawan sekaligus memberi impak positif terhadap perniagaan mereka.

#AmanahIkhtiarMalaysia

#MalaysiaMadani

#SahabatUsahawanAIM