Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Kota Kinabalu, 7 Disember 2024 –

Majlis Penutup & Minum Petang Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) dan Kelab Usahawan Ikhtiar Cawangan dan Kesukarelawan (KUICK) Wilayah Sabah diserikan dengan kehadiran Puan Nurul Izzah Anwar, Pengerusi Social & Economic Research Initiative (SERI).

Turut hadir, Yang Berbahagia Datuk Seri Syed Hussien Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM; Yang Berbahagia Dato’ Mohamed Shamir Aziz, Pengarah Urusan AIM; Encik Norsharizal Mashahrin, Timbalan Pengarah Urusan Kewangan; dan Encik Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan Keusahawanan dan Korporat.

Dengan kehadiran seramai 500 Sahabat Usahawan dari Wilayah Sabah, menyaksikan penyampaian beberapa anugerah kecemerlangan oleh Izzah, termasuk Anugerah Pusat Terbaik, Anugerah Kecekapan Operasi, Anugerah Cawangan Terbaik, Anugerah LPS Terbaik, Anugerah KUICK Terbaik, Anugerah Program Terbaik, serta Tokoh Kepimpinan LPS dan KUICK Terbaik.

Sebelum berlangsung majlis minum petang ini, turut diadakan ialah taklimat mengenai kesedaran kanser payudara yang disampaikan oleh Dr Yolanda dan Sangetha Jayakumar dari SERI.

Pada majlis minum petang ini Izzah menghargai pencapaian dan sumbangan LPS dan KUICK dalam menyokong usaha Amanah Ikhtiar Malaysia dalam memajukan Sahabat Usahawan di Sabah.

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMadani