Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sekali lagi mencatat sejarah apabila menerima Anugerah Kolaborasi AKPK 2023/2024 di bawah kategori “Micro-Entrepreneur Support Excellence”.
Anugerah ini telah disampaikan kepada Pengarah Urusan AIM, Yang Berbahagia Dato’ Shamir Aziz, dalam majlis penganugerahan yang berlangsung pada 5 Disember 2024 di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.
Pengiktirafan ini diberikan atas sumbangan AIM dalam memperkasakan literasi kewangan golongan mikro-usahawan, khususnya melalui kerjasama strategik bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
AIM terus komited dalam memperkukuhkan usaha literasi kewangan dan pembangunan ekonomi mikro, sebagai sebahagian daripada misinya membantu rakyat keluar dari kepompong kemiskinan.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#AnugerahKolaborasiAKPK
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani