AIM TERIMA PERUNTUKAN RM100 JUTA.
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), hari ini menerima peruntukan sebanyak RM100 juta daripada kerajaan.
Peruntukan berkenaan merupakan peruntukkan khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan Madani 2024 pada 13 Oktober 2023 lalu.
Simbolik penyerahan peruntukan dilakukan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick kepada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, AIM, Dato' Seri Syed Hussian Syed Junid.
Majlis ringkas yang diadakan di KUSKOP sebelum bermulanya Mesyuarat Pasca Kabinet itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri KUSKOP, Yang Berhormat Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan; Ketua Setiausaha KUSKOP, Yang Berbahagia Dato' Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengarah Urusan AIM, Dato' Mohamed Shamir Abdul Aziz; Timbalan Pengarah Urusan Kewangan, En Norsharizal Mashahrin; Timbalan Pengarah Urusan Operasi, Tuan Haji Jani Izwandy Che Jan dan Timbalan Pengarah Urusan Keusahawanan dan Korporat, En Mohamad Zulkahizam Mohamad Zuldin.
Dengan peruntukan yang diterima ini, ia membolehkan AIM mengeluarkan pembiayaan kepada lebih ramai wanita dan usahawan yang memerlukan.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani