Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Kuala Lumpur, 26 November 2024 – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), hari ini menerima kunjungan hormat daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Utara.

 

Kunjungan ini disambut oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri Dr. Syed Hussian Syed Junid, bersama Dato’ Shamir Aziz, Pengarah Urusan AIM, serta barisan pengurusan tertinggi AIM.

 

Delegasi KWSP yang diketuai oleh Encik Jeffary Mohamed Isa, Pengarah Wilayah Utara, turut disertai oleh Puan Rozanah Abdul Rahim (Ketua Perancangan Strategik), Puan Nordiana Ali (Ketua Perkhidmatan Berkongsi), dan Encik Syamsul Anuar Wahid (Pengurus Operasi Cemerlang).

 

Pertemuan ini adalah untuk membentangkan statistik simpanan persaraan kebangsaan, khususnya di negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, dan Perlis. 

 

Selain itu, KWSP turut berkongsi mengenai inisiatif seperti i-Suri dan i-Saraan yang bermanfaat untuk kakitangan dan Sahabat AIM, serta membincangkan peluang kerjasama strategik bagi menjayakan agenda persaraan KWSP.

 

Semoga kunjungan ini dapat mengukuhkan hubungan strategik antara AIM dan KWSP dalam usaha memperkasakan golongan usahawan mikro dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan simpanan persaraan.

 

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMadani