IPOH, 7 November 2024 – Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Azman Abidin telah merasmikan Bengkel Kepimpinan Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) dan Kelab Sahabat Usahawan Ikhtiar Cawangan dan Kesukarelawan (KUICK) bagi Wilayah Perak yang diadakan di The Regency Hotel & Apartments, Ipoh Perak.
Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Dato' Shamir Aziz, Pengarah Urusan AIM, Jani Izwandy Che Jan, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi), Norsharizal Mashahrin, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan), Zulkahizam Mohamad Zuldin, Timbalan Pengarah Urusan (Keusahawanan & Korporat) dan pengurusan kanan Wilayah.
Bengkel yang diadakan selama 1 hari bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang operasi AIM dan perkongsian dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selain bengkel, turut disampaikan adalah Anugerah LPS Terbaik AIM Wilayah Perak, Program Terbaik dan Tokoh Kepimpinan LPS dan KUICK Terbaik sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian individu dan organisasi dalam KUICK dan AIM.
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani