Kuala Lumpur, 28 Oktober 2024 – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah mengadakan Majlis Taklimat dan Penyerahan Pembiayaan Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) di Grand Wyndham Bangsar, Kuala Lumpur.
Pada majlis penyerahan pembiayaan PENN yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, seramai 30 Sahabat Usahawan dari Wilayah Selangor/Kuala Lumpur menerima pembiayaan masing-masing.
Sehingga kini, AIM telah mengeluarkan pembiayaan PENN bernilai RM18.7 juta kepada 2,613 Sahabat Usahawan India yang menjalankan pelbagai perniagaan kecil.
AIM memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk PENN yang bermula pada 13 April lalu.
Program ini bertujuan untuk membantu lebih daripada 7,100 wanita India menjana pendapatan dan mengembangkan aset.
Pembiayaan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan wanita India dalam sektor perniagaan kecil.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani