Program Bakul Kasih AIM
12 Disember 2020, Baling, Kedah
Seramai 1000 Sahabat AIM Cawangan Baling hari ini menerima sumbangan Bakul Kasih AIM yang berupa barangan makanan asas.
Sumbangan Bakul Kasih ini disampaikan oleh Ahli Parlimen Baling, YB Datuk Seri Haji Abdul Azeez Abd Rahim yang turut merasmikan program berkenaan, bersama YBhg Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia pada majlis yang diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Baling, Kedah.
Hadir sama pada majlis yang dihadiri seramai 250 Sahabat berkenaan ialah Pengarah Urusan Encik Shamir Aziz, Timbalan Pengerusi Lembaga, Encik Mohd Najib Haji Mohd Noor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dato' Mohd Farid Mohamad Ali dan pihak pengurusan kanan AIM.
Sebelum ini, sebanyak 1500 Bakul Kasih telah diberikan kepada Sahabat AIM di sekitar Beaufort, Sabah dan 500 Bakul Kasih telah diberikan kepada Sahabat AIM dari Cawangan Alor Setar, Kedah.
#amanahikhtiarmalaysia
#charitywithdignity
#sahabataim
#ourPartAIM
#bangkitkembali