Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Pulau Pinang, 19 Oktober 2024 - Majlis Makan Malam Kecemerlangan AIM 2024 berlangsung dengan penuh gemilang di Raia Inn, Bayan Lepas. Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri Dr. Syed Hussian Syed Junid, termasuk Pengarah Urusan, Dato’ Shamir Aziz, barisan pengurusan tertinggi AIM dan seluruh warga kerja AIM.

Acara dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dari seluruh wilayah kontinjen.Kejohanan SUKAIM 2024 yang diadakan selama 3 hari telah menyaksikan kejuaraan keseluruhan dimenangi oleh kontinjen Ibu Pejabat, mengatasi persaingan dari Wilayah lain.

Selain itu, anugerah kecemerlangan AIM turut disampaikan bagi menghargai dedikasi dan pencapaian terbaik kakitangan AIM sepanjang tahun.

 

#SUKAIM2024

#PeaceNoWar

#AmanahIkhtiarMalaysia

#MalaysiaMadani