Kursus Tiktok For Business & Creative Marketing Content telah diadakan di Kolej Komuniti Rompin, Pahang dengan penyertaan Sahabat - Sahabat Usahawan dari AIM Cawangan Rompin.
Dalam modul ini, Sahabat Usahawan telah dibimbing bagaimana menggunakan platform media sosial Tiktok untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih meluas lagi. Mereka telah diajar bagaimana membuat akaun TikTok business dan cara membuat “Beg Kuning” di akaun TikTok masing-masing supaya jualan mudah dilakukan melalui platform atas talian. Kursus ini juga memberi pengetahuan baru kepada Sahabat Usahawan bagaimana untuk menjadikan akaun TikTok masing-masing lebih mudah mendapat lebih ramai pengikut.
Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pengajar iaitu En Redzuan Bin Khalid yang terlibat di atas perkongsian ilmu dan pengetahuan yang sangat berguna. Diharap agar modul ini akan dapat memberikan banyak manfaat dan impak yang berterusan terhadap kemahiran Sahabat-Sahabat Usahawan.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#MalaysiaMadani
#SahabatUsahawanAIM