Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Seramai 500 Sahabat AIM Cawangan Alor Setar hari ini menerima sumbangan Bakul Kasih AIM yang berupa barangan makanan asas.

 

Sumbangan diserahkan oleh Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin,   pada majlis yang diadakan di Hotel Raia Alor Star, Kedah. 

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan Encik Shamir Aziz, Ketua Pegawai Operasi En Jani Izwandy Che Jan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Puan Shamsilah Binti Siru; Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dato' Mohd Farid Mohamad Ali, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah dan pihak pengurusan kanan AIM.

 

Program Bakul Kasih AIM adalah program berupa sumbangan barangan makanan yang diberikan kepada Sahabat AIM yang terkesan akibat pandemik COVID -19. 

 

Sebelum ini, sebanyak 1500 Bakul Kasih telah diberikan kepada Sahabat AIM di sekitar Beaufort, Sabah.

 

#amanahikhtiarmalaysia

#charitywithdignity

#sahabataim

#ourPartAIM

#bangkitkembali