KUALA LUMPUR, 19 September 2024 - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian kali ke-6 bersama Kesatuan Pekerja-Pekerja AIM (KEPAIM) bagi sesi 2020/2022. Majlis ini berlangsung di Dewan Dato' Amihamzah, Menara Amanah Ikhtiar dan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, YBhg. Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Bin Syed Junid.
Acara bermula dengan ketibaan para tetamu kehormat serta bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, diikuti oleh ucapan aluan daripada Presiden KEPAIM, Encik Md Radzi Bin Mahamud, yang menekankan pentingnya kesinambungan kerjasama antara KEPAIM dan AIM demi kebajikan warga kerja dan keberhasilan misi AIM.
Majlis menandatangani perjanjian disempurnakan oleh Presiden KEPAIM, Encik Md Radzi Bin Mahamud dan Setiausaha Agung KEPAIM, Encik Fakurrazri Bin Idris bagi pihak KEPAIM, serta Pengarah Urusan AIM, Dato’ Mohamed Shamir Bin Abdul Aziz dan Timbalan Pengarag Operasi,Tuan Haji Jani Izwandy Bin Che Jan bagi pihak AIM, dalam usaha meneruskan visi memperkasa ekonomi usahawan mikro di Malaysia.
Semoga memorendum ini memperkukuh komitmen kedua-dua pihak dalam menjaga kebajikan pekerja dan meneruskan misi membasmi kemiskinan melalui keusahawanan mikro.
#AmanahIkhtiarMalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani