Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) buat julung kalinya dinobat sebagai penerima bagi GIFA Market Leadership Award (Microfinance) 2024.
Anugerah ini sekaligus mengiktiraf kepimpinan pengurusan tertinggi AIM yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Dato’ Shamir Aziz yang berjaya membawa AIM sebagai sebuah institusi mikrokredit terbaik di peringkat antarabangsa.
GIFA Market Leadership Award yang disertai pelbagai institusi kewangan dari seluruh dunia ini antara lain mengambil kira prestasi Non Performing Loan (NPL), jangkauan luas capaian perkhidmatan yang diberikan serta impak kepada pasaran microfinance itu sendiri.
Majlis penganugerahan yang telah berlangsung pada 17 September 2024 di Maldives ini juga adalah sebagai hadiah istimewa untuk AIM yang turut menyambut ulang tahunnya yang ke 37 pada tarikh yang sama.
Anugerah disampaikan oleh Pengerusi GIFA Award, Professor Dr Humayon Dar kepada Pengarah Urusan AIM, Dato’ Shamir Aziz.