Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

KAK WAN, Izzah merayakan Sahabat Usahawan Permatang Pauh

 

BERTAM - Isteri Perdana Menteri, Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Kak Wan), telah hadir pada majlis Minum Petang Bersama Sahabat Usahawan AIM Permatang Pauh, di sini petang Ahad.

 

Selain beliau, turut hadir Nurul Izzah Anwar, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Yang Berhormat Dato' Ramanan Ramakrishnan serta Pengerusi Lembaga AIM, Dato' Seri Dr Syed Hussian Syed Junid.

 

Majlis minum petang yang diadakan di Bertam Resort, Pulau Pinang ini bertujuan untuk meraikan seramai 1,000 Sahabat Usahawan AIM Cawangan Permatang Pauh yang sebelum ini telah mengadakan program kenduri rakyat.

 

Kak Wan dalam ucapannya turut menyatakan rasa terharu atas sokongan Sahabat Usahawan AIM Permatang Pauh yang telah memberi sokongan kepada beliau dan Perdana Menteri sepanjang ini.

 

Beliau juga memberi pesanan kepada Sahabat Usahawan supaya sentiasa kuat, cekal, dan berusaha untuk mencapai kejayaan.

 

Beliau amat menghargai inisiatif dan kejayaan pengurusan AIM, dan turut terharu apabila dua video khas dipertontonkan semasa majlis, yang mengenai perjuangan Puan Nurul Izzah sebagai Puteri Reformasi serta usaha awal Perdana Menteri dalam menubuhkan AIM.

 

#amanahikhtiarmalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMadani