Program Kursus Asas Keusahawanan telah diadakan di Wilayah Negeri Sembilan / Melaka (Imperial Heritage Hotel, Melaka) yang mana melibatkan penyertaan Sahabat-Sahabat Usahawan AIM daripada Cawangan Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Di dalam modul ini, Sahabat berpeluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan asas keusahawanan dalam permulaan perniagaan. Di akhir kursus ini, peserta juga telah Create Google Business Profile sebagai first step line dalam marketing online.
Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Coach Ritakamal bin Sadiman yang terlibat di atas perkongsian ilmu dan pengetahuan yang sangat berguna. Diharap agar modul ini akan dapat memberikan banyak manfaat dan impak yang berterusan terhadap kemahiran Sahabat-Sahabat.
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani
#charitywithdignity
#afeksi