Mesyuarat Lembaga Perwakilan Sahabat Kebangsaan diadakan semalam, 22 Jun 2024, di Bertam Resort, Pulau Pinang. Mesyuarat ini dihadiri oleh seluruh ketua pimpinan Lembaga Perwakilan Sahabat dan Pengurus Wilayah seluruh Malaysia.
Agenda mesyuarat termasuk meluluskan minit mesyuarat sebelumnya, membincangkan perkara berbangkit, pembentangan usul untuk memperbaiki inisiatif sedia ada, dan hal-hal lain. Mesyuarat diakhiri dengan amanat daripada Pengarah Urusan AIM, Encik Shamir Aziz, yang memberikan panduan dan pandangan kepada para Sahabat Usahawan AIM. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan mesyuarat ini.
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani