Sekitar Konvensyen Dewan Himpunan Kelab-Kelab Sahabat Usahawan AIM 2024 (DKUIK) yang diadakan pada 22 Jun 2024 di Bertam Resort, Pulau Pinang.
Konvensyen DKUIK kali ini dihadiri hampir 600 Ketua-Ketua dan jawatan kuasa tertinggi dari seluruh cawangan seluruh negara.
Konvensyen yang berlangsung selama dua hari ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, yang juga merupakan Penaung DKUIK.
Hadir sama ialah Encik Mohd Najib Haji Mohd Noor, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM dan Tuan Haji Jani Izwandy Che Jan, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi), AIM.
Sepanjang konvensyen peserta yang merupakan Sahabat Usahawan AIM dibentangkan dengan hala tuju DKUIK bagi tahun 2024-2025, dengan fokus utama untuk memperkukuhkan strategi dan inisiatif bagi meningkatkan lagi kejayaan Sahabat Usahawan AIM.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan dalam menjayakan konvensyen pada tahun ini.
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani