22 June 2024, Sabtu - Majlis Minum Petang sempena Mesyuarat Tahunan Lembaga Perwakilan Sahabat Kebangsaan dan Konvensyen DKUIK AIM 2024 berlangsung di Bertam Resort, Pulau Pinang.
Majlis ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai peranan yang telah dimainkan oleh Pengurusan LPS dan KUIK dalam menyokong organisasi AIM.
Selain itu, ia bertujuan untuk membina imej yang baik serta mewujudkan suasana mesra antara Sahabat, Pemimpin, dan pengurusan tertinggi Amanah Ikhtiar Malaysia.
Seramai lebih 800 pimpinan di peringkat lembaga perwakilan sahabat dan ketua-ketua kelab sahabat DKUIK hadir pada mesyuarat tahunan dan konvensyen ini bagi meningkatkan prestasi dalam mencapai matlamat keusahawanan yang lebih padu.
Turut hadir memeriahkan majlis minum petang ini ialah Yang Berbahagia Dato Ramanan Ramakrishnan, Timbalan Menteri Kementerian Keusahawanan dan Koperasi, Yang Berbahagia Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Encik Shamir Aziz, Pengarah Urusan AIM serta Ahli-ahli Lembaga AIM dan pengurusan tertinggi AIM yang lain.
Semoga mesyuarat tahunan kali ini dapat menyuntik semangat baru kepada ahli LPS dan KUIK agar lebih komited dan positif dalam membantu AIM untuk menjadi sebuah organisasi yang lebih cemerlang dan peka terhadap golongan B40.
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani