Program Kursus Asas Keusahawanan telah diadakan di Wilayah Terengganu (Raia Hotel, Kuala Terengganu) yang mana melibatkan penyertaan Sahabat-Sahabat Usahawan AIM daripada Cawangan Besut, Cawangan setiu, Cawangan Kuala Terengganu, Cawangan Kuala Nerus, Cawangan Marang, Cawangan Hulu Terengganu, Cawangan Dungun dan Cawangan Kemaman.
Di dalam modul ini, Sahabat berpeluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan asas keusahawanan dalam permulaan perniagaan. Di akhir kursus ini, peserta juga telah Create Google Business Profile sebagai first step line dalam marketing online.
Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Coach Zuhrah Binti Hj Nadakkavil Alassan yang terlibat di atas perkongsian ilmu dan pengetahuan yang sangat berguna. Diharap agar modul ini akan dapat memberikan banyak manfaat dan impak yang berterusan terhadap kemahiran Sahabat-Sahabat.
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani
#charitywithdignity
#afeksi