Kuala Lumpur : Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Mohamed Shamir Abdul Aziz dinobat sebagai penerima Anugerah Ikon Kepimpinan Nasional 2024 (Kewangan Mikro) sempena Majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2024.
Selain dipilih di atas kecemerlangan dan kecekapan beliau menerajui AIM sejak 6 tahun yang lalu, AIM juga turut diiktiraf sebagai Instituisi Kewangan Mikro Terbaik 2024.
Kedua-dua anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Yang Berhormat Dato' Ramanan Ramakrishnan malam tadi (Rabu).
Pemilihan Mohamed Shamir dan AIM sebagai penerima kedua-dua anugerah ini adalah bukti bahawa AIM sentiasa komited dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan melalui pembiayaan mikro yang mana ia juga telah melahirkan ratusan ribu usahawan wanita di negara ini.
Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2024, merupakan pengiktirafan berprestij yang diberikan kepada organisasi dan individu yang telah menunjukkan kecemerlangan dan telah memberikan sumbangan besar kepada negara menerusi bidang keusahawanan.
Majlis anjuran Niaga Times dan diadakan di Berjaya Times Hotel, Kuala Lumpur ini turut disokong pelbagai pihak termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Tahniah diucapkan kepada Pengarah Urusan AIM, Tuan Mohamed Shamir Abdul Aziz dan AIM sendiri di atas dua anugerah yang sangat bermakna ini.
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani
#charitywithdignity
#afeksi