Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), sekali lagi diiktiraf di peringkat dunia apabila memenangi dua anugerah berprestij dalam industri kewangan Islam global. 

 

Untuk anugerah Islamic Finance News (IFN), AIM memenangi Anugerah *IFN Best Islamic Microfinance Institution* yang sekaligus telah mengalahkan pencalonan-pencalonan hebat dari beberapa buah negara yang lain. 

 

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Mr. Andrew Morgan, Pengarah Urusan REDmoney Group/IFN kepada Puan Alwani Safiei, Pengarah Bahagian Operasi Sabah di Address Sky View, Dubai pada 25 April 2024. 

 

Manakala bagi Anugerah Global Good Governance Awards (3G), AIM telah memenangi dua anugerah kategori iaitu *3G Leadership Award for Microfinance 2024* dan *3G Excellence in Women Empowerment Award 2024*.

 

Untuk anugerah ini, ianya telah disampaikan oleh Professor Humayon Dar, Pengerusi Global Good Governance Programme kepada Tuan Haji Jani Izwandy Che Jan, Timbalan Pengarah Urusan (Operasi) di Shangri-La The Fort Manila, Filipina pada 29 April 2024.

 

AIM dipilih berdasarkan kecekapan pengurusan dan tadbir urus organisasi yang cemerlang. Penerimaan anugerah-anugerah ini juga adalah sebagai bukti serta pengiktirafan terhadap kecemerlangan, pencapaian dan kepimpinan AIM di dalam industri kewangan Islam.

 

Kedua-dua anugerah ini adalah hasil kerja keras dan komitmen padu dari seluruh kakitangan disokong oleh rakan-rakan strategik yang kekal memberikan kerjasama yang baik untuk AIM. 

 

Tahniah juga kepada Sahabat Usahawan AIM dari seluruh negara, ANDA adalah sebahagian daripada kejayaan ini!