Program Kursus Strategi Pemasaran Offline dan Online Untuk Bisnes telah diadakan di Wilayah Selangor/Kuala Lumpur (Hotel AnCasa,Kuala Lumpur) yang mana melibatkan penyertaan Sahabat-Sahabat Usahawan AIM daripada semua cawangan di Wilayah Selangor/Kuala Lumpur.
Di dalam modul ini, Sahabat berpeluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam merangka strategi inbound dan outbound yang ideal untuk menarik pelanggan serta mengetahui persona pembeli dan juga keunikan produk perniagaan peserta. Antara yang turut dipelajari Sahabat dapat mengenalpasti avatar/profil pelanggan mengikut perniagaan masing-masing dan dapat menentukan pelanggan yang tepat untuk difokuskan berdasarkan perniagaan.
Setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Coach Puan Katrina Sin & Hajariah Hussin yang terlibat di atas perkongsian ilmu dan pengetahuan yang sangat berguna. Diharap agar modul ini akan dapat memberikan banyak manfaat dan impak yang berterusan terhadap peningkatan jualan perniagaan Sahabat-Sahabat.
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani
#charitywithdignity
#afeksi