Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

DAMANSARA, 13 April 2024 : Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan, mengumumkan peruntukan dana khas sebanyak RM50 juta bagi memajukan usahawan wanita India di negara ini.

Peruntukan ini, yang dikeluarkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melalui Program Khas P.E.N.N, bertujuan untuk memperkasakan dan menggemilangkan lagi wanita India.

Majlis pelancaran P.E.N.N yang diadakan di Menara Amanah Ikhtiar Malaysia turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Dato’ Sri Syed Hussian Syed Junid, dan Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz serta pengurusan AIM yang lain.

Dana khusus ini dijangka memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 usahawan India, meningkatkan jumlah keseluruhan peruntukan AIM kepada RM71.4 juta.

Permohonan peruntukan sehingga RM30,000 boleh dibuat bermula 15 April 2024 di 124 cawangan AIM di seluruh negara dengan syarat utama warganegara Malaysia, berbangsa India, dan wanita sahaja.

Kabar gembira ini turut menyambut sambutan Tahun Baharu Tamil pada Ahad ini, menandakan usaha AIM dalam memperkasakan ekonomi mikro negara.

#amanahikhtiarmalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMadani

#charitywithdignity

#afeksi