Program 'Kembali ke Sekolah' Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, di Kadamaian Square, Kota Belud, Sabah pada 9 Mac 2024.
Tujuan program ini diadakan untuk menyerahkan sumbangan barangan keperluan sekolah kepada anak-anak Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia di Kadamaian, Sabah.
Seramai 1,000 murid dari 21 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan Kadamaian telah menerima bantuan keperluan sekolah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM300,000.
Program ini merupakan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh AIM untuk membantu menyediakan keperluan anak-anak Sahabat AIM di seluruh negara.
Turut bersama menyerahkan sumbangan ialah YB Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid, Pengerusi Lembaga Amanah AIM serta pengurus kanan AIM yang lain.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan bebanan ibu bapa dan membantu murid-murid sekolah memulakan persekolahan baru dengan penuh semangat.
#KembaliKeSekolah
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani
#charitywithdignity
#afeksi