Amanah Ikhtiar Malaysia
Hotline : 03 38681987 ikhtiar@aim.gov.my
Usahawan Background

 

Kembali

Pada 30 Januari 2024, Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (KKAIMB) telah menyerahkan tajaan sebanyak RM1 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia untuk menjayakan Sukan Kakitangan AIM bagi tahun 2024, yang dikenali sebagai SUKAIM 24.

Penyerahan ini berlangsung dalam majlis makan tengahari yang meriah dengan semangat keseronokan dikalangan kakitangan.

Tajaan diserahkan oleh Pengerusi KKAIMB, Tn Haji Saad Ishak kepada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid.

Turut hadir untuk memeriahkan majlis adalah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz, ketua-ketua pegawai, Ahli Lembaga KKAIMB dan pengurusan kanan kedua-dua pihak.

Logo SUKAIM 24 dan gimik tiga permainan yang akan dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Bola Jaring dan Badminton turut diperkenalkan.

Tajaan dari KKAIMB diharap dapat memperkukuhkan lagi kejayaan acara SUKAIM24. Ini merupakan langkah positif bagi KKAIMB dalam menyokong bakat-bakat sukan di kalangan warga kerja AIM.

Kami pastinya menantikan dengan penuh semangat persembahan terbaik dari peserta SUKAIM24!

#SUKAIM24

#PeaceNoWar

#AmanahIkhtiarMalaysia

#SahabatUsahawanAIM

#MalaysiaMadani

#charitywithdignity

#afeksi