Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan, berbangga dengan pencapaian gemilang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam membantu golongan wanita sebagai usahawan berjaya.
Selain memuji kejayaan AIM dengan catatan bayaran balik pinjaman hampir 100%, YB Dato' Ramanan juga menyeru agar AIM terus membantu kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan dan mengenal pasti lebih ramai golongan yang memerlukan bantuan.
Dalam lawatan kerjanya ke ibu pejabat AIM pada Isnin, beliau disambut oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Bin Syed Junid, dan Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz.
Beliau juga hadir memeriahkan Himpunan Madani Sahabat Usahawan India AIM yang dihadiri 1,000 Sahabat Usahawan AIM dari Wilayah Perak, Negeri Sembilan/Melaka dan Selangor/Kuala Lumpur.
Menurut YB Dato' Ramanan AIM bukan sekadar agensi pembiayaan mikro, tetapi juga sebuah keluarga besar yang dekat dengan hati para sahabat usahawan.
Terima kasih YB Dato’ Ramanan atas kunjungan, sokongan dan dorongan buat kami di AIM.
Ikuti kesemua laman sosial AIM dengan menekan link di bio kami!
#AIMTerusMaju
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani
#charitywithdignity
#afeksi