Kuala Lumpur, 11 Jan - Kesatuan Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia (KEPAIM) dan Amanah Ikhtiar Malaysia Executive Union (AIMEU) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah. Amanah Ikhtiar Malaysia, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Syed Junid.
Kunjungan yang diketuai oleh Presiden KEPAIM Encik Mohd Radzhi Mahamud turut disertai oleh Presiden AIMEU Encik Mohd Fadzil Ishak.
Kunjungan ini merupakan langkah positif untuk memperkenalkan KEPAIM dan AIMEU kepada Pengerusi Lembaga Amanah serta ahli majlis tertinggi.
Dalam pertemuan berkenaan turut dibincangkan ialah usaha untuk mencapai kesepakatan antara majikan (AIM) dan KEPAIM dalam mencapai keharmonian perusahaan dengan cara hubungan ekonomi dan sosial, yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Turut bersama pada sesi berkenaan ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz, Ketua Pegawai Kewangan AIM Norsharizal Mashahrin, Ketua Pegawai Operasi, Jani Izwandy Che Jan dan Ketua Pegawai Maklumat AIM, Mohd Zulkahizam Mohamad Zuldin.
Semoga kunjungan ini akan membawa kerjasama yang erat di antara ketiga-tiga pihak.
#amanahikhtiarmalaysia
#SahabatUsahawanAIM
#MalaysiaMadani
#charitywithdignity
#afeksi