KUALA LUMPUR - Alliance Islamic Bank (AIS) memperkenalkan Program Pembiayaan Mikro Zakat (AZAM), program dana sosial Islam pertama di Malaysia, dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Kolaborasi strategik antara AIS dan AIM diakui sebagai model inovatif pembiayaan sosial yang patuh Syariah, sebagaimana yang dipantau oleh Lembaga Zakat Selangor dalam memastikan penerima pembiayaan merupakan mereka yang tergolong dalam golongan asnaf.
Program ini, yang memandu prinsip nilai dan tujuan Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI), diharapkan membawa impak sosioekonomi yang berkesan dengan menyokong pembangunan usahawan mikro asnaf dan mencapai matlamat Shariah.
Pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2023, AIM diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM Datuk Seri (Dr) Syed Hussian bin Syed Junid, dan Pengarah Urusan AIM En. Mohamed Shamir bin Abdul Aziz. Manakala di pihak AIS Datuk Wan Azhar Bin Wan Ahmad, Pengerusi AIS dan En. Rizal IL-Ehzan bin Fadil Azim, Ketua Pegawai Eksekutif AIS, manakala rakan selangor pula diwakili Y.A.M. Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail, Pengerusi Lembaga Zakat Selangor dan En. Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor.
AZAM, yang menggunakan dana zakat wakalah, bertujuan membantu usahawan mikro daripada kumpulan asnaf dengan menyediakan peluang pembiayaan yang mudah dan saksama.